Advertising
Fernando Forestieri Berhijrah Ke England
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri sah menjadi milik kelab England.

Tonggak berusia 35 tahun itu mengumumkan perpisahan bersama skuad Harimau Selatan pada bulan September lalu selepas hampir dua musim bersama pasukan.

Ad

Pemain kelahiran Itali itu mencuri tumpuan selepas dikesan berada di Watford beberapa bulan lalu dan mengunjungi bekas kelabnya itu.

Ad

Beliau menerima sambutan luar biasa daripada peminat di Vicarage Road ketika satu aksi antara Watford yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi kemas kini laman Transfermarkt, Forestieri kini sah menjadi milik Watford FC sejak September lalu dengan perincian kontraknya tidak didedahkan.

Ad

Bekas pemain Itali B-21 ini menikmati detik terindah bersama JDT selepas membantu pasukan untuk menjulang 8 trofi termasuklah trofi pertama dalam kariernya.

Ad

Beliau difahamkan menjalani latihan kecergasan bersama skuad B-21 di sana untuk mendapatkan semula rentak permainan terbaiknya.

Ad

Pemain sayap berpengalaman itu bagaimanapun masih belum membuat sebarang penampilan sejak berpindah ke England kira-kira empat bulan lalu.