Inspirasi
Johor Southern Tigers + Premier League
Advertisements

Majalah penerbitan berita berkaitan produk sukan dari United Kingdom, SoccerBible menyenaraikan pertahanan muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin yang dirakam memakai kasut keluaran Mizuno bersama-sama 10 bintang dunia lain.

Dalam penyenaraian terbaru yang dikeluarkan SoccerBible, turut terdapat bintang dunia lain seperti Erling Haaland, Kylian Mbappe, Phil Foden, Jude Bellingham dan Bukayo Saka.

Dalam penerbitan terbaru ‘Global Boot Spotting’ yang diterbitkan pada 13 Mac 2023, 11 pemain dipilih untuk diterbitkan untuk edisi pertama bulan Mac.

Advertisements

“Minggu seterusnya, pusingan lain untuk Boot Spotting di mana kami mencari di seluruh dunia untuk keluaran baharu dan akan datang yang terbaik serta edisi khas yang difokuskan bersama beberapa potensi pertukaran jenama dan tawaran baharu, dengan Erling Haaland mungkin selangkah lebih dekat untuk memuktamadkan masa depan kasutnya. Banyak yang perlu diselesaikan, jom…

“Minggu lepas, Mizuno keluarkan Morelia Neo III β in a “White/Hologram/Cool Gray” jaluran warna jenama dari Jepun yang dipanggil ‘Shinning’. Di Liga Super Malaysia, kami mendapat gambaran pertama mengenainya di kaki Feroz Baharudin, yang kini bermain bersama pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim F.C.

Advertisements
feroz soccer bible Feroz Baharudin Tersenarai Bersama Bintang Dunia di SoccerBible

Boot Spotting merupakan penerbitan khas pencarian jenama kasut bola sepak dunia yang diterbitkan 2 kali setiap bulan di SoccerBible.

Untuk edisi terbaru Boot Spotting ini, Feroz Baharudin merupakan satu-satunya pemain dari Asia yang dipilih tersenarai di SoccerBible bersama-sama bintang Eropah lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram