FIB Dedah Sebab DPMM Tak Perlu Mohon Lesen Kebangsaan
MakanBola
DPMM FC

First Instance Body (FIB) mendedahkan sebab DPMM FC tidak perlu memohon Lesen Kebangsaan untuk musim 2026/27.

Ini selepas FIB mengeluarkan kenyataan berhubung kemas kini penyerahan dokumen diperlukan untuk permohonan Lesen Kebangsaan musim hadapan.

FIB memaklumkan DPMM berstatus pasukan jemputan ketika mengambil bahagian dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ini kerana status kelab itu sebagai kelab asing yang berpangkalan di negara Brunei Darussalam. Justeru, DPMM tidak tertakluk kepada keperluan memohon Lesen Kebangsaan.

FIB turut memaklumkan tujuh pasukan Liga Super sudah melengkapkan dokumen permohonan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Lesen Kebangsaan.

Antara pasukan yang telah berbuat demikian ialah juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Kuching City FC dan Terengganu FC.

Empat pasukan Liga A1 termasuk Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) pula telah mengemukakan permohonan Lesen Kebangsaan Luar Biasa.

FIB turut bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir penyerahan semua dokumen permohonan dari 30 April kepada 14 Mei ini.