FIFA Beri Berita Baik Buat Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberikan khabar gembira kepada Harimau Malaya.

Baru-baru ini, skuad kebangsaan baru sahaja selesai kempen ASEAN Hyundai Cup 2026 yang menyaksikan Malaysia menamatkan saingan pada peringkat separuh akhir.

Harimau Malaya kini bakal mengharungi satu lagi aksi yang cukup mendebarkan selepas diundi dalam Kumpulan A, saingan Divisyen 1 FIFA ASEAN Cup 2026 dan diundi bersama tuan rumah, Indonesia, Bangladesh dan juga Singapura.

Persiapan menuju ke kejohanan julung kali dari FIFA ini menyaksikan Harimau Malaya menerima khabar baik. Hal ini selepas FIDA telah memberi kelulusan kepada dua tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan Brad Tapp untuk mewakili Harimau Malaya.

“FAM ingin memaklumkan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan dua pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva dan Brad Tapp layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

FAM menerima pengesahan tersebut selepas FIFA selesai membuat semakan terhadap status kelayakan kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan dan peruntukan yang ditetapkan,” ujar badan induk tersebut dalam satu kenyataan.

Bergson, 35, menjadi pemain naturalisasi terbaru Harimau Malaya selepas memenuhi syarat lima tahun bermastautin di Malaysia dan menjadi peledak utama skuad Harimau Selatan.

Sementara itu, Tapp yang berusia 25 tahun bakal menjadi aset jangka masa panjang Malaysia selain tonggak versatil ini mampu beraksi sebagai pertahanan tengah dan juga pemain tengah bertahan.

Malaysia bakal membuka tirai saingan menentang Bangladesh pada 25 September 2026 jam 5.00 petang waktu Malaysia.