Dunia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah didenda sebanyak 50,000 Swiss franc, atau bersamaan dengan RM211,000 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana melanggar peraturan 16 dan 26 badan dunia itu.

Kesalahan tersebut berlaku ketika perlawanan pusingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia pada 19 November lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam semakan oleh FIFA, Malaysia didakwa telah melanggar peraturan yang terkandung di Artikel 16 dan 26 sebanyak tiga kali.

Advertisements

Pertama ialah ketika Malaysia tewas 2-1 kepada UAE pada 10 September di Bukit Jalil. Namun FIFA sekadar memberikan amaran kepada FAM pada ketika itu.

Kedua ialah membabitkan perlawanan ketika Malaysia tewas 1-0 kepada Vietnam pada 10 Oktober di Hanoi.

Ketiga, Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe diberikan amaran oleh FIFA dalam kes tersebut selepas gagal menghadirkan diri ke sidang media selepas perlawanan.

Advertisements
indon FIFA Denda Malaysia Dan Indonesia
Kekecohan Penyokong Garuda telah menyebabkan Indonesia di denda

Indonesia pula melalui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) diberikan denda sebanyak 245,000 Swiss franc, atau bersamaan dengan RM1 juta oleh FIFA dan hukuman beraksi di stadium kosong sebanyak satu perlawanan.

Ia melibatkan kekecohan yang dicetuskan penyokong skuad Garuda dalam perlawanan menentang Malaysia dan Thailand.

Pasukan negara kini berada di tangga kedua Kumpulan G di belakang Vietnam, selepas mencatat dua kemenangan ke atas Indonesia dan menewaskan Thailand di Bukit Jalil untuk mengumpul sembilan mata.

Advertisements

Indonesia pula berada di kedudukan tercorot selepas tewas dalam semua perlawanan yang dilalui setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram