Figueiredo & Holgado Cetak Gol Sulung Bersama Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado berjaya membuka akaun gol bersama skuad kebangsaan Malaysia dalam aksi bertemu Vietnam.

Jaringan Figueiredo terhasil pada minit je-49 melalui satu larian solo sebelum rembatan deras dari luar kotak penalti membias dan menewaskan penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen.

Figueiredo juga menunjukkan kualiti beliau sejak dari minit pertama apabila acap kali membuat larian-larian pantas sekali gus membelah pertahanan Vietnam yang dijaga ketat Do Duy Manh.

Manakala Rodrigo Holgado terhasil pada minit ke-59 melalui satu penyudah mudah selepas memanfaatkan hantaran tepat Arif Aiman di sebelah kanan.

Malaysia mendominasi hampir keseluruhan permainan sekali gus memberikan tekanan yang lebih buat Vietnam yang kini dikendalikan jurulatih Korea Selatan, Kim Sang-sik.