Final Piala Malaysia: Kapasiti Penonton Ditingkatkan Kepada 40,000?
Piala Malaysia
Destimap
Advertisements

Berita baik buat penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur City apabila terdapat ura-ura akan terdapat peningkatan kapasiti maksimum penonton daripada 20,000 kepada 40,000.

Dakwaan ini dikongsikan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Annuar Musa di akaun Twitternya.

Kebenaran dakwaan ini masih belum dapat dipastikan kerana mengikut persetujuan asal, Kementerian Kesihatan Malaysia hanya membenarkan maksimum 20,000 penonton untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram