First Touch ‘Bijak’ Dion Cools Yang Hampir Beri Gol Buat Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia bermain dengan baik dalam kemenangan 2-0 ke atas Filipina dalam perlawanan persahabatan dimana para pemain dilihat bermain dengan lebih yakin dan teratur. Malah aksi pemain pertahanan kanan Malaysia, Dion Cools turut mencuri tumpuan apabila kerap melakukan larian dan hantaran yang berbahaya.

Dalam satu momen sewaktu pasukan Malaysia sedang membina serangan melalui bahagian bawah, Dion Cools yang melakukan larian di sisi kanan padang bijak menerima bola dengan first touch yang telah mengelirukan pemain Filipina. Momen tersebut seakan-akan Cools akan menerima bola dan terus melakukan larian bersama bola namun sebaliknya yang terjadi.

Dion Cools mengubah gerak badannya dan bergerak ke sebelah kiri lalu melorongkan bola tersebut kepada Syafiq Ahmad yang sudah bersedia dalam fasa menyerang. Namun sayang sekali rembatan Syafiq Ahmad terkena palang gol.

Advertisements

Momen tersebut turut berjaya mengelirukan pemain Filipina yang menjangkakan Cools akan berlari sehingga ke kawasan penjuru padang.

Kemampuan teknikal Dion Cools nyata terserlah dalam perlawanan menentang Filipina malah meletakkan Cools di posisi dominan beliau iaitu di bahagian pertahanan kanan memberikan keselesaan kepada beliau. Hantaran lintang beliau juga beberapa kali berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan Filipina.

Advertisements

Gandingan Cools dan Corbin Ong dibahagian kanan dan kiri pertahanan turut mempamerkan aksi yang bertenaga malah larian-larian berbahaya mereka amat membantu Malaysia terutama dalam melakukan fasa serangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram