Ads
Fokus Hafizh Syahrin Bawa Nama JDT Racing Team 100%, Elak Kesilapan Berulang
UltraSukan
JDT Racing Team

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mahu memberikan tumpuan yang penuh kepada pasukannya bagi mengelakkan sebarang kesilapan sama berulang menjelang perlumbaaan yang akan datang.

Advertisements

Hafizh yang masih segar dengan kejayaan muncul naib juara perlumbaaan kedua di Motegi Ahad lalu menganggap semua pelumba merupakan pesaing hebat namun itu bukan penghalang baginya untuk tampil lebih cemerlang.

Advertisements

Sebaliknya, pelumba berusia 30 tahun itu mahu segera mencari keserasian dari pelbagai aspek ketika berlumba terutamanya mendapatkan maklumat mengenai litar untuk segera beradaptasi.

Advertisements
Advertisements

“Bagi saya, semua pelumba ialah pesaing saya tapi itu bukan halangan buat saya. Cuma jentera yang saya gunakan tidak mempunyai maklumat tentang litar yang kita gunakan dan yang akan datang,” katanya ketika ditemu bual di Nadi Arena.

“Jadi, saya terpaksa bekerja keras sedikit dengan pasukan dan cuba beradaptasi secepat mungkin supaya dapat rasa pengalaman lebih banyak terutama dari segi elektronik,” tambahnya lagi.

Advertisements

Bagi Hafizh, misi utamanya bersama pasukan sekarang adalah untuk mengumpul sebanyak mana data di setiap trek agar kedudukannya di podium kekal terjamin dan selesa tanpa digugat pelumba lain

“Bila kita gunakan jentera yang terkini untuk tahun baru ini, kita perlukan rekod dari segi elektronik, setiap data dan setiap trek semua. Tapi kita tiada benda semua itu. Itu sebab saya kata bukan satu kekurangan tetapi perlu buat banyak pusingan dalam litar.”

“Tapi apapun, saya puas hatilah dengan apa yang pasukan beri kepada saya dan saya cuba beri yang terbaik dalam litar. Buat masa ini, kita agak konsisten di podium kecuali perlumbaan di Buriram, kita kerugian mata sekitar 16-20 mata. Sekiranya kita dapat mata di situ, kedudukan kita bukan saja selesa tapi lebih yakin dan kita lebih tenang untuk mengawal situasi.”

Berkenaan persiapan untuk perlumbaan seterusnya, Hafizh mahu kekal fokus, konsisten dan berwaspada dengan para pelumba yang lain bagi mengelakkan sebarang insiden tak diingini berlaku yang boleh merencatkan pungutan mata.

“Jadi, sekarang kita tahu litar Mandalika, Honda agak kuat (di situ) dan Andi, kita tahu itu perlumbaan tuan rumah dia. Saya akan beri perhatian kepada pelumba seperti Andi dan Kuni agar berjaga-jaga dekat litarlah. Dan pelumba Malaysia macam Azlan Shah (Kamaruzaman), amat konsisten dan sentiasa kumpul mata dalam perlumbaan. Itu untuk pastikan saya tak buat silap, alami kemalangan atau ada masalah teknikal,” ujar pelumba tersebut.

Hafizh ketika ini sedang mendahului carta pelumba dengan 81 mata selepas tiga pusingan meninggalkan pesaing terdekatnya yang juga rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman dari TKKR BMW Racing Team dengan 76 mata.

Advertisements

Saingan ARRC pusingan keempat bakal bersambung di negara jiran, Indonesia dengan Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika akan menjadi tumpuan para pelumba bermula 26 hingga 28 Julai 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram