Ads
MFL
Johor Southern Tigers

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Gabriel Nistelrooy dilihat sebagai antara watak pemusnah baharu yang dimiliki oleh Malaysia.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun itu tampil cemerlang membantu skuad muda Harimau Selatan kini menduduki tangga teratas carta liga Piala MFL dengan enam mata maksimum setelah mencatatkan dua kemenangan.

Advertisements

Pada aksi pertama minggu lalu, JDT II yang dibimbing oleh Juan Miguel Munoz Rodriguez membuka tirai kempen Piala MFL dengan langkah kanan setelah membelasah Sabah 4-0 hasil hatrik daripada Nistelrooy.

Advertisements

Advertisements

Ketajaman penyudah Nistelrooy semakin terbukti apabila satu gol daripada pemain kelahiran Sarawak ini ketika menentang Sri Pahang pada Selasa lalu berjaya memastikan kemenanga kedua menjadi milik JDT II.

Empat gol daripada Nistelrooy kini meletakkan namanya sebagai penjaring terbanyak Piala MFL 2024/2025 sambil diikuti rapat penyerang import Terengganu II, Nnabuike Chukwu dengan tiga jaringan.

Advertisements

Kecemerlangan prestasi Nistelrooy ini dilihat hasil latihan pra-musim JDT di Sepanyol apabila namanya merupakan antara pemain muda yang turut dibawa oleh pasukan untuk beberapa aksi persahabatan di sana.

Advertisements

Di sana, Nistelrooy turut beraksi hebat dan berjaya menyumbang dua jaringan buat skuad Harimau Selatan ketika membelasah Club Costa City 7-0 dalam salah satu perlawanan persahabatan di Sepanyol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram