Christophe Gamel Lihat Bakat Azam Azih Mampu Tembus Pasaran Eropah
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel memuji kualiti dan impak yang dimiliki oleh bekas anak didiknya iaitu Nor Azam Azih.

Pengendali kelahiran Perancis itu menyifatkan pemain tengah senasi itu memiliki ciri-ciri pemain yang sempurna untuk mengemudi kawasan tengah pasukan.

Malah, anak jati kelahiran Pahang itu juga dikatakan mampu untuk memberi pelbagai masalah dan tekanan kepada lawan kerana kualiti yang dimiliki olehnya.

Advertisements

Gamel turut berkongsi saat beliau mengambil alih kelab pada awalnya, Azam ketika itu masih berusaha untuk kembali kepada prestasi sebenar.

“Apabila saya mula mengambil alih Sri Pahang,  beliau (Azam) tidak berada dalam keadaan yang baik dan bergelut dengan kecederaan.”

“Selepas itu saya cuba untuk memberi tekanan kepada dirinya dan dia mula faham dan berusaha untuk meningkatkan permainan.”

Advertisements

Tambah beliau, pemain tengah Harimau Malaya itu mampu untuk menembusi pasaran Eropah dengan kemampuan yang dimilikinya.

“Saya telah memberitahunya bahawa beliau boleh beraksi di Eropah, mungkin bukan di liga utama tetapi di liga kedua seperti Ligue 2 kerana beliau ada kualiti yang sangat baik,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Jurulatih berusia 50 tahun ini juga kini sedang berehat selepas tidak lagi bersama Sri Pahang namun meletakkan harapan yang tinggi untuknya kekal membimbing kelab di Liga Malaysia kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram