fbpx

Gandingan Htet Aung Dan Ifedayo Bantu Rekod Jumlah Penglibatan Gol Tertinggi

Instagram: @selangorfc

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

MakanBola.com, Petaling Jaya, 20 Sept – Hein Htet Aung kini menjadi pemain tertinggi dalam membuat bantuan gol buat Selangor FC dalam saingan musim ini. Prospek muda Myanmar ini berjaya mencatatkan sebanyak 6 bantuan gol dalam membantu pasukannya mengakhiri carta Liga Super Malaysia 2021 dikedudukan kelima.

Htut Aung mula diberikan kepercayaan penuh Karsten Neitzel bagi mengisi kesebelasan utama Selangor FC ketika beberapa pemain utama Selangor seperti Brendan Gan, Halim Saari mengalami kecederaan. Pemain kelahiran Myanmar ini berjaya menampilkan aksi cemerlangnya dalam setiap siri perlawanan ketika diturunkan.

Selain bermain di bahagian tengah, Karsten Neitzel juga beberapa kali meletakkan beliau di bahagian sayap. Pemain berusia 19 tahun ini kelihatan cukup selesa dan tenang ketika mengawal jentera tengah Selangor FC. Beliau berjaya mencorakkan serangan pasukan Merah Kuning apabila melakukan hantaran-hantaran lintang kepada rakan sepasukannya.

Menjadi nadi kepada gerakan dan serangan Selangor FC, Htet Aung juga menjadi tunjang belakang kepada pemilik kasut emas Liga Super 2021, Ifedayo Olesugon. Daripada 26 gol yang berjaya dijaringkan Ifedayo, 5 gol tersebut adalah hasil daripada bantuan Htet Aung.

Pemain ini dilihat bakal menjadi ‘playmaker’ utama Selangor FC dalam saingan Piala Malaysia kelak. Hein Htet Aung yang secara sah telah melanjutkan kontraknya bersama Selangor FC semestinya akan menjadi aset terbaik buat Karsten Neitzel dalam perancangan skuad Selangor FC pada musim depan.