Dunia
Advertisements

Ketua jurulatih skuad bawah 15 (B-15) negara, P. Maniam dilaporkan telah memilih untuk kembali ke kancah Liga Malaysia (Liga-M) dengan menerima tawaran PJ City FC selaku penolong jurulatih.

P.Maniam menjelaskan K. Devan menjadi faktor utama kepada keputusannya itu. Kedua-dua mereka pernah bergandingan di Selangor ketika mereka meraih kejuaraan Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2009 dan kemudian Liga Super pada 2010.

P.Maniam kemudian pernah dilantik sebagai ketua jurulatih Selangor pada Disember 2016 namun hanya bertahan sehingga Mac 2018 apabila pasukan tersebut ‘merehatkannya’ dan digantikan dengan Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir.

Advertisements
Safee Sali Gandingan P.Maniam Dan K.Devan Mantapkan PJ City
Safee Sali antara pemain PJ City yang masih kekal

Kini bersama skuad The Phoenix, beliau sudah pun memasang impian untuk membawa pasukan itu mencatat keputusan terbaik dalam Liga Super.

“Kalau dilihat PJ City, sebagai jurulatih kami sememangnya mempunyai sasaran tetapi kami mahu lakukan yang terbaik. Mungkin dalam kelompok lima terbaik berbekalkan pemain yang ada,” katanya.

Tambah Maniam lagi, pengalaman melatih skuad B-15 kebangsaan tidak banyak yang boleh dimanfaatkan apabila sudah bersama PJ City kerana menurutnya dua pasukan tersebut berada pada tahap yang berbeza.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram