Gara-gara Dikeluarkan, Jurulatih Portugal Kena Maki Hamun Dengan Ronaldo?
Dunia
FIFA via Getty Images
Advertisements

Benarkah Cristiano Ronaldo telah memaki hamun jurulatih Portugal, Fernando Santos kerana mengeluarkannya pada minit ke-61 ketika perlawanan menentang Korea Selatan?

Itu persepsi dan andaian dibuat media Portugal setelah melihat bekas pemain Manchester United itu seolah tidak berpuas hati dan bercakap sesuatu kepada Santos ketika berjalan keluar padang, tatkala perlawanan tersebut menyaksikan Portugal mengalami kekalahan 1-2.

Tetapi bukan itu sebenarnya yang berlaku, Ronaldo menyatakan bahawa memang dia marah ketika dikeluarkan tetapi kemarahan itu bukan kepada Santos, sebaliknya pemain Korea Selatan.

Advertisements

“Membuat andaian sendiri sudah menjadi satu kebiasaan. Apa yang berlaku, ketika saya berjalan keluar, ada pemain Korea Selatan datang dekat menyuruh saya keluar cepat secara tidak sopan, jadi kemarahan saya itu adalah kepada pemain itu.

“Saya menyuruhnya diam kerana dia tiada hak untuk marah saya atau menolak saya keluar padang, jadi tidak ada sebarang rasa setuju dengan keputusan jurulatih,” ujar Ronaldo yang telahpun mencipta sejarah menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia.

Santos mengakui itulah kejadian yang sebenar, “Ia berlaku berhampiran saya, pemain Korea Selatan itu seperti terlalu agresif dan saya saksikan pertelagahan antara mereka. Dia memarahi pemain itu, saya tidak ragu-ragu mengenainya.”

Advertisements

Dalam pada itu, Santos menyatakan dia sedikit kecewa dengan kekalahan yang dialami kerana sasarannya adalah melepasi peringkat kumpulan dengan rekod bersih.

“Keputusan yang baik boleh meningkatkan keyakinan, jadi semestinya saya tidak gembira. Ini bukan bermakna kami hilang keyakinan untuk pusingan kedua, tetapi memberikan kami satu amaran serius. Kami perlu ambil perkara positif dari kekalahan ini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram