Gareth Bale Bersara Serta-Merta
Dunia
Garethbale11
Advertisements

Bekas kapten pasukan Wales, Gareth Bale telah mengumumkan persaraannya serta-merta daripada bola sepak sama ada di peringkat kelab mahupun antarabangsa pada usia 33 tahun.

Kenyataan itu dikongsikan Gareth Bale di laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.

Beliau yang baru-baru ini mewakili negaranya pada aksi Piala Dunia 2022 di Qatar, telah pun mencatatkan 41 jaringan dalam 111 penampilan untuk negaranya.

Advertisements

Dalam pada itu, Wales yang terkeluar awal daripada kejohanan pada peringkat kumpulan, selepas ditewaskan England telah terbukti itu menjadi antara penampilan terakhir dalam karier Bale.

Keputusan yang dibuat Bale hanya sebulan selepas beliau menjadi kapten Wales pada Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 64 tahun.

Advertisements

Untuk rekod, Bale pernah menyertai Southampton sebagai pelajar sekolah dan membuat penampilan sulungnya untuk Saints ketika berusia 16 tahun pada April 2006.

Penampilan tersebut telah menjadikan beliau sebagai pemain antarabangsa termuda walaupun rekod itu telah dipecahkan.

Advertisements

Itu menandakan permulaan karier beliau dia Wales sekaligus telah memberi banyak inspirasi kepada negaranya dengan kejayaan terbaik dalam sejarah mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram