Gary Steven Robbat Sah Sertai Sabah FC
Dunia
MakanBola
officialsabahfc
Advertisements

Pasukan Sabah FC hari ini mengumumkan kemasukan bekas pemain Harimau Muda iaitu Gary Steven Robbat sebagai pemain terakhir yang ditandangani pada hari terakhir jendela perpindahan bagi musim ini.

Sebelum ini, pemain berusia 29 tahun itu menyertai pasukan Melaka United secara pinjaman bagi satu musim. Namun, beliau tidak dapat mempamerkan kredibilitinya kerana dihimpit kecederaan yang lama.

Advertisements

Untuk rekod, Gary tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama Melaka sehingga tamat musim.

Semasa di pasukan Johor Darul Ta’zim, beliau hanya berjaya membuat 21 penampilan bersama pasukan utama JDT tanpa sebarang jaringan.

Advertisements

Gary bakal “reunion” bersama bekas jurulatihnya iaitu Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini pernah melatih beliau dalam skuad Harimau Muda.

Kehadiran Gary dalam pasukan Sabah musim ini bakal memberi banyak pilihan pemain kepada Ong Kim Swee untuk merencana sesuatu pada musim ini.

Advertisements

Advertisements

News Comments Account