Gelagat Akhyar Rashid Jelir Lidah Tular Ke Luar Negara
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Gelagat lucu pemain lincah skuad kebangsaan, Muhammad Akhyar Rashid dalam pertembungan di antara pasukan Malaysia dan Hong Kong semalam telah mendapat perhatian ramai sehingga tular ke luar negara.

Aksi yang sempat dirakam itu memperlihatkan Akhyar menjelirkan lidah selepas pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri memberikan sepakan penalti buat kem Harimau Malaya. Tindakan lucu Akhyar telah mengundang pelbagai persepsi dan bahan bualan peminat bola sepak tempatan. 

Pada minit ke-29 permainan, gelecekan cantik Akhyar Rashid yang masuk ke dalam kotak penalti telah memaksa pertahanan Hong Kong menghalang gerakan beliau. Kekasaran itu telah dikesan pengadil perlawanan sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia.

Advertisements
https://twitter.com/trollfootball/status/1531994521747456002?s=21&t=ZkE0SQvx2Hk0-TNSe6mPpg

Sepakan penalti itu mudah dimanfaatkan tonggak pasukan, Safawi Rasid. Safawi tenang menyudahkan sepakan penalti sekaligus menewaskan penjaga gol Hong Kong, Paulo Cesar Da Silva.  

Video yang dimuat naik oleh Hafiz Shaharuddin telah di ciap semula laman Twitter media antarabangsa, Troll Football. Video tersebut terus tular dan mendapat perhatian seramai 1.2 juta pengguna di Twitter serta di retweet seramai 13.6 ribu pengguna.

Bagaimanapun, aksi bergaya dan kesungguhan yang ditampilkan Akhyar wajar sekali dipuji. Beliau beberapa kali berjaya melepasi dan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Hong Kong serta membantu rakan sepasukan mengatur serangan ke kubu lawan. 

Advertisements

Khidmat Akhyar pastinya akan terus ditagih dalam usaha skuad kendalian Kim Pan-gon mencatat keputusan positif menjelang aksi kelayakan sekaligus memastikan satu slot automatik ke Piala Asia berjaya diraih pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram