Gempa Bumi Skala Kecil Dirasai Di Semenanjung Malaysia

gempa bumi di malaysia 2022 Gempa Bumi Skala Kecil Dirasai Di Semenanjung Malaysia
Ikuti Telegram MakanBola (3640)

Dikemas kini: Gempa bumi berskala kecil dirasai di sekitar kawasan pantai barat semenanjung Malaysia sekitar jam 9.00 – 10.00 pagi tadi seperti dilaporkan beberapa penduduk Lembah Klang dan Melaka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh EMSC, gegaran dikesan sekitar jam 9.40 pagi tadi dan penduduk pantai barat semenanjung melaporkan merasai gegaran di tempat kerja.

Menurut laporan awal, berlaku gegaran 6.2 skala richter di Bukit Tinggi, Indonesia dan difahamkan gelombang siesmic mula menular ke Malaysia sebentar tadi.

Buat masa ini tiada sebarang laporan kemalangan jiwa berlaku di Malaysia. Berita selanjutnya menyusul.

Kemas kini: Terdapat laporan gegaran juga dirasai sehingga ke selatan tanah air di Johor.