Georgia & Estonia Jadi Lawan Thailand Sebelum Ke Piala Asia

Thailand AFF 2 Georgia & Estonia Jadi Lawan Thailand Sebelum Ke Piala Asia
Changsuek
Azim Noor @mohdazim45
10:04pm 13/02/2023

Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada awal tahun depan, pasukan-pasukan mula mengatur persiapan. Terbaru, Thailand bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan Georgia dan Estonia pada Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) selepas mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Georgia dan Persatuan Bola Sepak Estonia.

Anak-anak buah Mano Polking akan menentang Georgia terlebih dahulu di Tbilisi pada 12 Oktober. Setelah itu, mereka akan ke Talinn pula untuk menentang Estonia pada 17 Oktober.

Pemilihan dua pasukan ini bersesuaian dengan taraf pasukan-pasukan elit yang bertanding pada Piala Asia 2023. Georgia menduduki ranking ke-78 FIFA dengan Estonia (ranking ke-109).

Tatkala dua perlawanan ini dimuktamadkan, masih belum ada perkembangan baru tentang Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) dengan Thailand dipilih sebagai pasukan jemputan.

Ini kerana FAT masih menunggu laporan terkini daripada badan bola sepak Asia Barat itu selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) menarik diri sebagai tuan rumah baru-baru ini. Thailand juga mengesahkan mereka menolak jemputan perlawanan persahabatan menentang Iraq.