Tonton: Gerakan Tenang Bersahaja Afiq Fazail ‘Ala’ Futsal Berdepan Terengganu
Dunia
Unifi
Advertisements

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail sekali lagi membuktikan mengapa posisinya di JDT tidak tergugat menerusi satu persembahan luar biasa pada pentas final Piala FA.

Perancang berusia 27 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama untuk bergandingan bersama Leandro Velazquez dan juga Natxo Insa.

Persefahaman yang wujud antara mereka bertiga sememangnya berjaya mematahkan segala usaha anak didik kendalian Nafuzi Zain untuk merencanakan gerakan ke arah gawang Harimau Selatan.

Advertisements

Malah, Afiq yang juga merupakan pilihan utama pasukan sejak 2-3 musim ini membuktikan status beliau selaku antara pemain tengah terbaik yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini.

Detik yang mencuri tumpuan menjelang 6 minit permainan apabila anak didik Hector Bidoglio mula mengatur gerak bagi menjaringkan gol.

Perancang tengah yang pernah bersama Harimau Malaya ini membuktikan kualiti dalam aksinya apabila mempamerkan ketenangan untuk mengawal permainan.

Advertisements

Afiq melakukan hantaran satu dua bersama rakan sepasukan, Shane Lowry cuba dikepung oleh barisan pemain lawan namun seakan sia-sia.

Anak jati kelahiran Johor itu sudah dapat menghidu kehadiran lawan yang mahu merampas bola daripada penguasaannya.

Beliau terus melakukan ‘skill’ seakan-akan gerakan futsal untuk melepasi kepungan tersebut sebelum melakukan hantaran kepada rakan.

Advertisements

Kecemerlangan beliau jelas menjadi kunci kepada persembahan JDT sebelum dikeluarkan akibat kecederaan.

JDT kini menambah satu lagu koleksi trofi dan terus memburu kejuaraan Liga Super dan juga Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram