Gergasi Australia, Central Coast Mariners Lantik Jurulatih Baru
AFC Cup
MakanBola
Central Coast Mariners
Advertisements

Pencabar Terengganu FC dalam saingan Piala AFC, Central Coast Mariners telah mengumumkan perlantikan Mark Jackson sebagai jurulatih baru mereka hari ini.

Pengumuman ini dibuat The Mariners menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman sesawang rasmi mereka hari ini.

Advertisements

Dengan perlantikan ini, jurulatih interim, Abbas Saad akan kembali menggalas peranan sebagai jurulatih skuad remaja juara A-League musim 2022-2023. Menariknya, perlantikan bekas jurulatih MK Dons ini turut mendapat pengiktirafan bekas jurulatih mereka, Nick Montgomery.

Pengarah Sukan The Mariners, Matt Simon menyifatkan perlantikan Jackson sebagai penambahan yang tepat kepada cita-cita kelab sebagai sebuah kelab komuniti.

Advertisements

“Saya amat gembira mengalu-alukan kehadiran Mark (Jackson) ke kelab ini. Selepas perbualan pertama yang kita adakan bersama Mark, jelas sekali beliau pilihan tepat untuk memimpin kelab ke masa hadapan.

“Pengalaman dan pencapaian beliau dari segi pembangunan pemain muda amat terserlah dan bersesuaian dengan apa yang kita mahu teruskan di kelab ini,” katanya.

Advertisements

Jackson sebelum ini merupakan ketua jurulatih skuad remaja Leeds United bermula dari skuad B-15 hingga skuad B-23.

Beliau juga bertuah kerana berpeluang menimba pengetahuan dengan pengurus Whites dari 2018 hingga 2022, Marcelo Bielsa semasa di Elland Road.

Advertisements

Selepas Bielsa digantikan dengan pengurus Amerika Syarikat, Jesse Marsch, Jackson kemudiannya dilantik sebagai jurulatih skuad senior.

Beliau kemudiannya melatih MK Dons dan hanya kekal selama enam bulan sebelum menerima tawaran The Mariners.

Advertisements

Terengganu bakal berpeluang menguji kemampuan beliau apabila mereka dan The Mariners bertemu buat kali kedua dalam aksi kelima Kumpulan G Piala AFC pada 29 November ini.

News Comments Account