Giancarlo Gallifuoco Kereta Kebal KL City
Dunia
kl city football/ johnny2_
Advertisements

Pemain pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFC menentang kelab daripada Uzbekistan, Sogdiana semalam. 

Pemain berusia 28 tahun ini diturunkan dalam kesebelasan utama beraksi di pertahanan tengah berganding dengan Irfan Zakaria. 

Perlawanan yang bermakna buat dirinya apabila berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sekaligus melengkapkan malam gemilang KL City untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFC. 

Advertisements

Pemain kelahiran Australia ini terbukti kekebalannya di barisan pertahanan dimana beliau berjaya membuat 10 pelepasan bola (clearances), 5 penguasaan semula bola dan 3 pintasan bola. 

Bukan sahaja itu, beliau juga cemerlang diudara selepas berjaya melakukan 8 pelepasan bola (clearances) menggunakan kepala. 

Prestasi cemerlang yang ditampilkan pasti terus ditagih oleh jurulatih KL City, Bojan Hodak bagi perlawanan akhir Piala AFC menentang kelab dari Oman, Seeb Club yang dijadualkan pada 22 Oktober ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram