Giliran Tanjong Pagar United Uji JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menutup program pramusim dengan aksi persahabatan dengan kelab Singapura, Tanjong Pagar United.

Pengumuman aksi berkenaan dibuat pengurusan Harimau Selatan menerusi satu kenyataan di semua platform rasmi mereka. Aksi itu diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat.

Penyokong turut mendapat berita baik untuk perlawanan tersebut. Penyokong kedua-dua pasukan dibenarkan masuk secara percuma untuk perlawanan yang berlangsung pada jam 9.00 malam.

Perlawanan ini bukan saja memberi peluang kepada JDT dan Tanjong Pagar United untuk memantapkan keserasian barisan pemain menjelang musim 2026/27.

Malah, perlawanan ini turut memberi peluang kepada JDT menguji tiga pemain baharu pasukan itu, Carlos Akapo, Gabriel Palmero dan Nahuel Leiva. Kedua-dua pemain menyertai Harimau Selatan baru-baru ini.

Tanjong Pagar United yang berwajah baru kini mendapat sentuhan jurulatih Sepanyol, Miguel Llado. Kelab Singapura itu turut menampilkan ramai muka baharu seperti Madhu Mohana, Yuki Aizu, Aitor Mujica, Marvin Anieboh dan Jared Gallagher.

JDT segar daripada kejayaan mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea 3-3 baru-baru ini.