Gol ‘12 Saat’ David Da Silva Julang Persib Bandung
Dunia
MakanBola
Persib
Advertisements

Bekas penyerang Terengganu FC, David Da Silva mempamerkan ketajaman penyudahnya apabila memainkan watak penting ketika mengatasi PSM Makassar dengan keputusan 2-0.

Beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan bergandingan dengan penyerang Timnas Indonesia, Ezra Walian nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan yang berada pada kedudukan ke-13 dalam liga itu.

Advertisements

Da Silva tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila hanya memerlukan 12 saat untuk memecah kebuntuan perlawanan.

Pasukan pelawat terus menekan sebaik sahaja wisel ditiup dan ianya menjadi pencetus kepada gol pertama pasukan.

Advertisements

Kegagalan mengawal bola dengan baik oleh pasukan PSM Makassar di tengah padang nyata mengundang padah apabila satu hantaran cantik melepasi kawalan barisan pertahanan dan singgah di kaki penyerang kelahiran Brazil itu.

Beliau nyata tidak berdepan sebarang masalah apabila berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan dan menolak mudah untuk mencetak nama selaku penjaring.

Advertisements

Rakan sepasukan beliau iaitu Zalnaldo yang masuk sebagai pemain gantian mengesahkan kemenangan dengan gol pada minit ke-88.

Kini, Persib Bandung berada di tangga ketiga setelah 26 perlawanan dengan keputusan 53 mata dan hanya dibezakan Arema.

Advertisements

Advertisements

News Comments Account