Gol Debut Liridon Krasniqi Curi Perhatian Pemain Bintang Jerman
Dunia
liridonkrasniqi_8
Advertisements

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krashniqi berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan yang menyaksikan Malaysia tumpas 1-2 kepada Singapura. Namun, aksi Liridon bersama skuad kebangsaan masih mendapat kritikan peminat kerana dilihat belum cukup memberangsangkan.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan peminat, Liridon tetap mengucapkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan kemarau gol bersama dengan pasukan negara dan ia merupakan satu penghargaan buat dirinya dan yang terlibat kerana berjaya menghasilkan gol antarabangsa pertama untuk Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut bersikap positif dengan keputusan tersebut dan mengharapkan ada berita lebih baik untuk masa yang akan datang buat skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Bersatu bersama adalah permulaan, kekal bersama adalah kejayaan, dan bekerja bersama adalah satu kegemilangan.”

“Ucapan terima kasih khas kepada pasukan & kakitangan saya yang hebat kerana membantu mencapai matlamat menjaringkan gol antarabangsa pertama untuk Malaysia.”

“Mungkin keputusan itu bukan sesuatu yang dimahukan tetapi kami tetap berusaha. Ada yang lebih baik selepas ini,” katanya menerusi satu status akaun Instagram.

Advertisements

Sementara itu, status yang dimuat naik Liridon telah mencuri perhatian bekas pemain Liverpool, Emre Can yang mengucapkan selamat berjaya kepada pemain naturalisasi itu dengan emoji tepuk tangan.

Liridon yang merupakan pemain tengah menyerang masih belum memberikan impak besar sewaktu beraksi untuk Malaysia. Beliau ketika ini sudah berusia 29 tahun dan kini beraksi di Liga Super India bersama kelab Odisha FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram