Gol Roket Ryan Lambert Raih Perhatian Media British
Dunia
KL City Football
Advertisements

Gol pemain tengah sensasi KL City FC, Ryan Lambert kini mencuri tumpuan dunia apabila mula disebut-sebut oleh media British.

Perancang tengah kelahiran Australia-Malaysia ini menjadi tunjang utama dibawah kendalian Bojan Hodak sejak dua musim lalu.

Kecemerlangan dan gandingan baik bersama rakan sepasukan seperti Akram Mahinan dan juga Zhafri Yahya telah membawa The City Boys melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC.

Advertisements

Pada perlawanan menentang Sarawak United baru-baru ini, pemain berusia 24 tahun ini meledak hatrik buat pasukannya ketika menang 5-0.

Gol-gol beliau hadir menerusi rembatan dari luar kotak penalti untuk membuktikan kalibernya selaku antara pemain tengah yang sedang meningkat naik di peringkat kelab.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh BBC Sport, mereka kelihatan begitu kagum dengan kemampuan Ryan untuk meledak gol dari sudut yang jauh.

Advertisements

Malah, peminat di British juga tertanya-tanya dengan bakat yang dimiliki oleh bekas FC Den Bosch ini dan mula mencari di mana beliau beraksi.

Hal ini juga sudah pasti menjadi salah satu titik kebangkitan buatnya dalam usaha untuk meraih tempat dalam skuad kendalian Kim Pan-gon selepas dua rakan sepasukannya, Declan Lambert dan juga Zhafri Yahya yang dibawa ke Thailand bagi cabaran King’s Cup.

Setakat ini, Ryan sudah pun menjaringkan 4 gol selepas 15 perlawanan bersama KL City untuk meletakkan pasukan di tangga kelima Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram