Gol Sendiri Penjaga Gol Hamburger SV Disifatkan Sempurna
TV
Transfermarkt
Advertisements

Penjaga gol Hamburger SV, Daniel Heuer Fernandes malu besar apabila menjaringkan gol sendiri persis Andre Onana beberapa hari lepas.

Perkara itu terjadi apabila Hamburger turun menentang pendahulu 2. Bundesliga, FC St. Pauli beberapa hari lepas.

Tuan rumah sudah mendahului 1-0 pada minit ke-15 menerusi pemain tengah Australia, Jackson Irvine.

Advertisements

Namun begitu, gol sendiri Heuer Fernandes yang menarik perhatian peminat bola sepak di media sosial.

Beliau yang tidak diberi sebarang tekanan oleh pemain lawan tersilap menyepak bola hantaran rakan sepasukannya ke arah gawang mereka pada minit ke-27.

Heuer Fernandes bernasib baik apabila Die Rothosen berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Robert Glatzel (minit ke-58) dan Immanuel Pherai (minit ke-60). Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Ramai merasakan kesilapan Heuer Fernandes itu hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh penjaga gol Cameroon dan Manchester United, Andre Onana.

Penjaga gol utama Die Rothosen yang berusia 31 tahun itu pastinya berharap kesilapan dalam perlawanan itu dapat dimaafkan oleh pengurusnya, Tim Walter.

Heuer Fernandes sudah merekodkan 15 penampilan dalam 2. Bundesliga dengan merekodkan enam rekod tanpa bolos.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram