Gol Witan Sulaeman Pacu Kemenangan FK Senica
Dunia
FK Senica
Advertisements

Pemain muda berbakat Indonesia, Witan Sulaeman kini menjadi bualan hangat apabila menjadi watak penting ketika membantu pasukan merakam kemenangan semalam.

Beliau turun dalam kesebelasan utama ketika menentang SK Sasova tidak menunggu lama apabila berjaya memecah kebuntuan seawal minit ketiga permainan.

Bekas pemain PSIM Yogyakarta ini bijak mencuri ruang menerusi satu gerakan balas pantas yang direncanakan oleh FK Senica untuk gol pertama pasukan dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Ini jelas kelihatan apabila bola yang dibawa ke dalam kotak penalti dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Witan yang datang dari belakang sebelum melepaskan satu rembatan di bahagian kanan gawang gol lawan.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan persembahan yang dipamerkan oleh pemain berusia 21 tahun itu mendapat pujian daripada jurulatihnya, Pavel Sustr.

Menurut Sustr, gol pembukaan Witan amat penting bagi memastikan pasukan mendapat rentak dalam perlawanan Piala Slovakia itu.

Advertisements

’Dalam perlawanan menentang lawan dari divisyen yang lebih rendah, perkara paling penting adalah tidak membenarkan mereka merasa selesa dalam perlawanan.’

‘Pemain kami melakukan tugas yang baik terutamanya apabila memperoleh gol pantas,’ -Jelas beliau dalam satu temubual.

Seorang lagi pemain pasukan Indonesia, Egy Maulana Vikry turut beraksi pada separuh masa kedua perlawanan namun tidak berjaya mencetak nama selaku penjaring.

Advertisements

Selepas ini, FK Senica dijangka bakal bertemu pasukan daripada divisyen 1 dalam aksi peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram