Barcelona menunjukkan taring sebenarnya selepas berjaya membenam pesaingnya Atletico Madrid 4-2 di Camp Nou sekaligus naik ke tangga ke-4 La Liga dengan kelebihan 2 mata berbanding Atletico.
Perlawanan ini juga menjadi debut pemain terbarunya yang juga merupakan graduan akademi Barcelona, Adama Traore yang beraksi dengan cemerlang disamping membantu jaringan ke-2 Barcelona.
Jaringan ke-2 Barcelona yang dijaringkan Gavi dimulakan dengan gerakan dan hantaran cantik Adama Traore menjadi pemangkin kepada jaringan seterusnya.
Aksi cemerlang Dani Alves dan beberapa pemain akademi La Masia seolah-olah menjadi jawapan terhadap apa yang Barcelona perlu lakukan untuk kembali menjadi pasukan digeruni di Eropah.
Barcelona menang besar 4-2 terhadap Atletico menerusi jaringan Jordi Alba, Gavi, Ronald Araujo dan Dani Alves.
Photo by Pedro Salado/Quality Sport Images/Getty Images