Guangzhou Bariskan Pemain Muda Hadapi JDT
Dunia
RIZAR MOHD NOOR
Advertisements

Pemain tengah Guangzhou FC, Yang Xin menyatakan bahawa majoriti kesebelasan utama pasukannya digalas barisan pemain muda bagi memulakan aksi pertama Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Beliau akui semua pasukan yang bertanding pastinya cukup hebat dan memiliki pemain berkualiti untuk beraksi. Akan tetapi, pasukanya ada misi utama perlu diselesaikan dalam saingan tersebut sekaligus tekad untuk mempamerkan corak permainan yang terbaik seperti yang dirancang.

“Sebelum datang ke Johor untuk aksi ACL, kami bukan sahaja membuat kajian terhadap pasukan JDT, malah ia membabitkan pasukan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan Kawasaki Frontale (Jepun) kerana semua pasukan bertanding cukup hebat dan memiliki pemain berkualiti.” ujarnya.

Advertisements

“Walaupun turun dengan barisan pemain muda, tapi kami ada misi utama perlu dilaksanakan dalam saingan ACL dan semestinya mahu memberi persembahan terbaik dan mengikut perancangan dibuat,” kata Yang Xin.

Dalam pada itu, pengendali Guangzhou FC, Pang Yonghe juga akui mereka telah membuat persedian yang cukup bagi menghadapi saingan di Johor. Namun, pasukannya kali ini menggunakan 100 peratus pemain tempatan dan pastinya hasrat utama adalah memberi peluang kepada pemain untuk beraksi.

“Dalam saingan ACL musim ini, kami membuat persiapan rapi dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan ia memberi lebih keyakinan buat pemain mengharungi saingan di Johor.”

Advertisements

“Kami tiada pemain import pada saingan ACL, sebaliknya 100 peratus pemain tempatan dan pastinya matlamat utama adalah memberi pendedahan untuk pemain,” katanya kepada Harian Metro.

“Apapun kami akan memberi tentangan sengit terhadap JDT,” kata Yonghe.

Guangzhou Evegrande bakal memulakan saingan esok menentang cabaran JDT dalam usaha untuk meraih mata berharga buat pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram