UCL: Guardiola Akui Manchester City Dalam Bahaya Selepas Singkirkan Atletico Madrid
Dunia
manchestereveningnews
Advertisements

Walaupun Manchester City layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menyingkirkan Atletico Madrid 1-0 secara agregat, namun pengendalinya, Pep Guardiola dilihat kurang berpuas hati dengan apa yang ditampilkan oleh para pemain beliau.

“Pada separuh masa kedua, mereka (Atletico) beraksi lebih baik daripada kami dan kami bernasib baik kami tidak melepaskan sebarang gol,” kata Guardiola.

Guardiola bagaimanapun berpuas hati dengan corak para pemainnya dalam aksi separuh masa pertama. Mereka berjaya mencipta peluang dan beliau menganggap Manchester City layak berada di separuh akhir.

Advertisements

“Pada separuh masa pertama, kami mempunyai peluang kami. Secara keseluruhan, kami kini berada di separuh akhir. Ia sememangnya satu perkara yang wajar.” tambahnya lagi.

Jurulatih berasal dari Sepanyol itu bagaimanapun luah rasa risau mengenai kecederaan yang menimpa pemain utama pasukan seperti Kevin De Bruyne dan Kyle Walker. Situasi kecederaan ini dianggap merbahaya buat pasukan dalam usaha mereka untuk terus bersaing dengan baik di Liga Perdana Inggeris dan saingan Piala FA.

“Kami menghadapi masalah besar. Kami tidak boleh lupa kami bermain tiga hari lalu dalam perlawanan sukar menentang Liverpool. Kami perlu datang ke sini dan kami mengalami banyak masalah kecederaan sekarang.

Advertisements

“Saya tidak pasti apa yang akan berlaku dalam minggu-minggu yang akan datang tetapi hari ini kami akan meraikannya kerana ia adalah kali ketiga dalam sejarah Manchester City untuk berada di separuh akhir Liga Juara-Juara.”jelas beliau seperti dilaporkan skysport.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram