Hadi Fayyadh: Saya Belum Mahu Pulang Ke Malaysia
Asia
Instagram: @hadifayyadhh
Advertisements

Penyerang bawah 23 tahun negara, Mohd Hadi Fayyadh Abdul Razak memberi bayangan untuk terus kekal mengorak langkah untuk beraksi di Liga Jepun sambil menegaskan bahawa beliau belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.

Dalam satu temubual bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, Fayyadh menjelaskan, dirinya kini sedang menjalani proses pemulihan dengan sangat baik setelah mengalami kecederaan ACL yang memaksanya berhenti buat seketika.

Penyerang muda berusia 22 tahun itu secara terbuka menyatakan keinginannya untuk kembali menyertai latihan bersama pasukannya, Azul Claro Numazu yang beraksi di liga ketiga Jepun (J-League) setelah kecederaannya beransur pulih sekitar Oktober nanti.

Advertisements

“InsyaAllah dalam beberapa bulan lagi saya tak sabar untuk kembali beraksi bersama pasukan saya.”

Beliau juga tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk segera beraksi, malah proses pemulihan ini perlu dijalani dengan sempurna untuk memberi kondisi yang terbaik buatnya nanti.

Advertisements

Pemain kelahiran Kuala Lumpur ini menjelaskan, antara proses yang membantunya untuk segera pulih termasuklah dengan menjalani rutin harian yang sempurna dengan mengambil nutrisi yang seimbang selain tidur yang cukup diperlukan untuk beliau segera sembuh.

“Tapi apa yang paling penting setakat ini, saya ingin menjalani latihan step by step terlebih dahulu.”

Advertisements

“Saya juga kena pastikan bahawa pemakanan, gaya hidup dan tidur yang secukupnya untuk segera pulih.”

Kini, fokusnya hanya untuk terus merebut tempat pada tahun keempatnya beraksi di liga negara matahari terbit itu sambil tidak memikirkan untuk kembali ke tanah air dalam masa terdekat.

Advertisements

Sambil itu, dalam satu sesi live bersama lagenda negara, Safee Sali, Fayyadh ada menjelaskan keinginan beliau untuk kekal selama mungkin di sana. Malah, beliau turut menyatakan hasratnya untuk menyambung sijil kejurulatihan di sana usai kariernya tamat satu hari nanti.

Semoga proses pemulihan Fayyadh berjalan dengan lancar agar aksi memukaunya dapat terus dipertontonkan kepada peminat di tanah air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram