Hafizal Hamad Tak Dapat Menahan Sebak, Luahkan Perasaan Terpendam Sekian Lama
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Sejurus perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Bangladesh tamat, terdapat satu momen di Astro Arena memperlihatkan barisan host tidak dapat menahan perasaan gembira.

Malaysia layak ke Piala Asia buat kali pertama secara merit sejak 1980 di bawah kepimpinan ketua jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon dengan kemenangan bergaya 4-1 menewaskan Bangladesh.

“Mereka saja yang tahu macam mana rasa, kita yang rapat dengan mereka tahu apa yang mereka rasa. Apa lagi kami nak buat bang? (luahan para pemain Malaysia kepada media) Sampai tahap macam tu.”

Advertisements

“Ayuh kita meraikan perkara ini bersama, selepas 42 tahun, kita menanti saat ini, hari ini kita mengesahkan secara merit layak ke Piala Asia (2023)”

“Perjuangan ini yang sebenarnya hanya para pemain dan ahli keluarga mereka sahaja yang faham. Saya menanti tiupan wisel itu, Ya Allah kenapa lama sangat ni.”

“Mereka bangun (bangkit) di bawah kepimpinan Dato’ Hamidin, biarlah orang nak cakap pada saya apapun…

Advertisements

“Dato’ Hamidin hatinya keras dan dia tak peduli apa orang cakap, apa yang dia nak buat mendapat kritikan dan sebagainya.”

Selepas Syukor Adan membangkitkan berkenaan pengorbanan Hafizal Hamad berkecimpung dalam dunia sukan hampir 17 tahun, beliau tidak dapat menahan rasa sebak dan sedih.

“Saya rasa macam… Bila saya tulis, bila saya cakap, macam-macam persepsi diberikan; kaki jilat, kaki ampu, tetapi cerita disebaliknya saya tahu semuanya tetapi demi memastikan moral pemain, moral persatuan, moral segala-galanya untuk rakyat Malaysia.”

Advertisements

Sementara itu, Hafizal Hamad ketika dihubungi MakanBola menzahirkan perasaan sedih dan bangganya dengan pencapaian Harimau Malaya berjaya layak ke Piala Asia.

“Masa saya banyak untuk bola sepak Malaysia. Dicaci maki dikatakan kaki jilat dan macam-macam. Jauh disudut hati saya mahu semua bersama saat susah dan senang.

“Bagaimana para pemain datang peluk saya sudah cukup menceritakan macam mana saya dengan mereka. Macam abang dan adik.”

Advertisements

Dilahirkan di Kulim, Kedah, Hafizal memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran pada tahun 2003 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyampai berita, pengulas sukan dan Ketua Meja Sukan.

Beliau sangat berpengalaman luas dalam dunia sukan tanah air dan menjadi antara pengacara sukan paling senior yang masih berkhidmat untuk masyarakat.

Sepanjang kerjayanya Hafizal Hamad telah dianugerahkan sebagai Pengulas Sukan Terbaik Seri Angkasa 2011 dan turut dikurniakan Darjah Ahli Mahkota Pahang oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah serta Pingat Khidmat Terpuji oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram