Advertising
Hafizh Syahrin Julang Nama JDT Racing Team Di Asia
UltraSukan
JDT Racing Team

Musim pertama yang gemilang buat Hafizh Syahrin bersama JDT Racing Team di pentas Asia Road Racing Championship (ARRC).

Ahad lalu, ARRC 2024 melabuhkan tirainya dengan pelumba SDG Team HARC-PRO Honda, Yuki Kunii ditabalkan sebagai juara ASB1000 apabila mengumpul 183 mata daripada enam pusingan perlumbaan.

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin pula muncul wakil Malaysia terbaik bagi kategori ASB1000 musim 2024 apabila berada di tempat ke-3 setelah mengumpul 154 mata secara keseluruhan.

Ad

Hanya 17 mata yang memisahkan Hafizh dan juga pelumba di tempat kedua, Andi Farid Izdihar dari Indonesia serta 19 mata di belakang juara keseluruhan, Yuki Kunii yang menunggang Honda CBR1000RR R.

Ad

Walau bagaimanapun, pencapaian tempat ketiga yang diraih oleh Hafizh Syahrin bersama JDT Racing Team dilihat cukup membanggakan dalam penampilan pertama dalam saingan ARRC musim 2024.

Sepanjang musim ini, Hafizh telah meraih satu kemenangan di Litar Zhuhai, China selain lima kedudukan podium ketika berlumba di Buriram, Motegi, Mandalika serta Sepang pada September lalu.

Ad
Ad

Bukan itu sahaja, JDT Racing Team turut tersenarai di tempat kelima daripada 10 pasukan yang bertanding dalam kategori ASB1000 dengan rata-rata pasukan lain memiliki 2 pelumba yang didaftarkan.

Ad

JDT Racing Team muncul pasukan ke-5 terbaik dengan 154 mata secara keseluruhan hasil sumbangan mata yang diraih oleh Hafizh selaku pelumba tunggal sepanjang musim 2024 ini.

Saingan ARRC bagi musim 2025 dijadualkan bakal bermula pada penghujung April hadapan dengan pusingan pertama akan diadakan di Litar Antarabangsa Chang di Thailand.