Haikal Sahar Pasang Impian Beraksi Di Liga Super
Dunia
sportflex
Advertisements

Penyerang Skuad Projek FAM-MSN, Haikal Sahar memasang impian untuk beraksi di Liga Super seperti bekas rakan sepasukannya sebelum ini, Azzhad Harraz.

Pemain berusia 19 tahun ini akui bukan mudah untuk kembali mencari rentak selepas pulih daripada positif Covid-19. Beliau berjaya mencatat hatrik dalam penampilan pertamanya musim ini.

“Ini rezeki doa daripada ibu bapa, sokongan daripada rakan sepasukan juga dan walaupun saya baru pulih selepas positif COVID-19 tempoh hari, memang ada rasa lemah sikit tapi lama-lama dah dapat balik kecergasan.

Advertisements

“Azam saya bukan untuk itu sahaja (menjaringkan gol) tetapi saya nak tunjukkan yang walaupun saya masih muda tapi saya boleh beraksi dengan cemerlang.

“Saya kalau boleh nak pergi lebih jauh dan kalau ada rezeki InsyaAllah mungkin selepas ini dapat mencuri tumpuan dengan lebih cemerlang,” jelas Haikal kepada MFL .

Advertisements

Tambah Haikal, beliau akan terus berusaha mempamerkan aksi yang konsisten bersama Skuad Projek FAM-MSN pada saingan Liga Malaysia selepas ini.

Ianya satu petanda buat jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Hassan Sazali selepas anak buahnya mencatat keputusan yang positif pada aksi pertama.

Advertisements

Bekas jurulatih Harimau Muda C ini yakin ia pasukan yang dibarisi pemain muda bakal menjadi pasukan yang bukan mudah untuk ditewaskan.

“Jadi dekat sini, saya tekankan semua pemain boleh menjaringkan gol selepas ini dan kemenangan ini akan menjadi tonik terbaik kepada mereka untuk aksi-aksi akan datang”, kata Hassan Sazali.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram