Hairuddin Omar Pecah ‘Rahsia’ TMJ Yang Tak Ramai Orang Tahu
Dunia
Instagram @hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Bekas Presiden PFAM dan pemain kebangsaan negara, Hairuddin Bin Omar melalui hantaran Facebooknya menjelaskan beberapa rahsia kebaikan dan jasa Tunku Ismail Idris (TMJ) selama beliau mengenalinya.

TMJ yang sebelum ini tidak disenangi beberapa individu dijelaskan Hairuddin ianya berlaku kerana TMJ seorang yang jujur, tegas dan agresif.

Hairuddin Omar turut menyatakan bahawa apabila terlalu jujur memang akan ada orang yang ‘tidak senang’ dengan sikap tersebut.

Advertisements

Menurut Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai-O, TMJ banyak memberikan bantuan kepada mana-mana pemain dan pasukan bola sepak yang mengalami masalah kewangan dan beliau merasakan ini adalah masa yang sesuai buat dia menjelaskan perkara ini.

Hai-O turut menyatakan TMJ amat mengambil berat hal berkaitan pemain dan mana-mana kelab yang bertanding di Liga-M terutamanya hal berkaitan kewangan.

TMJ juga bukanlah orang yang gemar bergambar ketika menghulurkan bantuan untuk hal berkaitan permasalahan bola sepak kerana niatnya ikhlas untuk membantu.

Advertisements

“Seingat saya, banyak kelab dalam Liga Super dan Liga Perdana yang ada masalah kewangan yang dihulurkan bantuan kewangan (untuk selesaikan masalah gaji).”

“Sepatutnya itu bukanlah tanggungjawab dia (TMJ) untuk tolong bayarkan tunggakan gaji pemain daripada kelab lain.”

“Tapi, TMJ lakukannya.”

Advertisements

“Yang paling saya kagum dengan TMJ ni, bila ada orang dalam kesusahan, perlukan bantuan, beliaulah orang yang terawal yang akan hubungi PFAM untuk tawarkan bantuan.”

“TMJ selalu ambil peduli status bantuan dan bertanyakan lagi apa yang beliau boleh bantu lagi.”

“Ada 2/3 pemain yang perlu uruskan anak dan keluarga sakit kronik, serta merta dia (TMJ) tanggung penuh ratusan ribu kos rawatan.”

Advertisements

“Ada pemain yang alami masalah gaji, masalah nak bertahan (dengan kesusahan), masalah uzur memang cepat sampai bantuan daripada TMJ. Baik dari segi kewangan mahupun tekanan kepada pasukan.” Jelas Hairuddin Omar lagi.

Baca Juga: Piya Dan Hai-O Jual Sambal

Hairuddin Omar turut menyatakan kegembiraanya apabila TMJ secara tiba-tiba mengubunginya dan menghulurkan bantuan untuk beliau dan Badhri Radzi (Piya) kembangkan lagi perniagaan Sambal DuoBotak yang diusakan oleh dua pemain bola sepak ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram