Hakim Hassan Kerja Keras ‘Lawan’ Import JDT
MakanBola
Terengganu FC

Perpindahan bintang utama Harimau Malaya di Piala AFF, Nor Hakim Hassan terbukti berbaloi apabila beliau kini menyinar bersama Terengganu dan kini berada dalam landasan terbaik untuk mengejar kedudukan import JDT.

Pemain berusia 31 tahun ini bergelut untuk memberi impak ketika bersama Selangor selain faktor kecederaan menyebabkan beliau sukar mendapat tempat.

Ad
Advertisement

Penghijrahan ke Terengganu telah membuka lembaran baharu buatnya untuk terus membuktikan kalibernya selaku antara pemain yang berpengalaman.

Ad

Beliau kini menjadi watak penting buat pasukan Tomislav Steinbrucker dalam kempen Piala Malaysia apabila mara ke suku akhir setelah membenam cabaran KL Rovers.

Advertisement

Skuad Peteh telah menundukkan cabaran lawan dengan agregat 8-0 sambil Hakim Hassan meledak dua gol dalam dua perlawanan.

Hakim juga beraksi cemerlang dalam kempen Liga Super dan sudah menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol.

Ad
Advertisement

Dua jaringan beliau meletakkan pemain ini sebagai satu-satunya bintang tempatan dalam senarai penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini.

Ad

Kedudukan teratas masih lagi didominasi oleh duo berbisa JDT, Bergon dan Heberty masing-masing dengan 4 dan 3 gol dalam 2 perlawanan.

Advertisement

Pengendali Terengganu juga dalam satu kenyataan pernah memberitahu bahawa beliau gembira dengan kehadiran Hakim ke dalam pasukannya sambil mengetahui kekuatan sebenar pemain itu.

Advertisement

Terengganu berdepan saingan sengit alabila dijadualkan menentang Selangor bagi aksi suku akhir Piala Malaysia.

Pautan: Gol Hakim vs KL Rovers

Advertisement