Hamidin: Isu Kelemahan Pengadilan Bakal Disiasat
Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Pengumuman penggantungan pengadil Zulkarnain Zakaria bukan satu-satunya tindakan yang diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Malah, menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, satu siasatan juga akan dijalankan bagi mengenalpasti sebab perkara tersebut boleh berlaku.

Pada Ahad lepas, Zulkarnain dikenakan penggantungan serta-merta oleh badan induk bola sepak itu susulan dua penalti kontroversi yang diberinya semasa perlawanan Liga Super Sabah-Penang.

Sebelum tindakan susulan boleh diambil terhadap Zulkarnain, siasatan perlu dijalankan oleh jawatankuasa penilai bagi mengetahui apa yang berlaku. Ini kerana sebarang masalah yang dialami pengadil bersifat subjektif dan boleh saja mempengaruhi prestasi mereka di atas padang.

Advertisements

“Kita akan lakukan siasatan dengan jawatankuasa penilai akan melihat dan memanggilnya. Selepas itu, ada tindakan susulan.

“Kita tidak boleh sampai menghukum terlalu awal kerana langkah seterusnya akan diambil oleh jawatankuasa pengadil,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM hari ini.

Dalam pada itu, Hamidin turut menepis cakap-cakap mendakwa ‘pihak luar’ mempengaruhi mutu pengadilan liga tempatan. Ini kerana jika ada dakwaan sekalipun, hal itu perlu disiasat terlebih dahulu bagi memastikan ia adil kepada semua pihak.

Advertisements

Selain itu, isu kelemahan mutu pengadilan tidak hanya berlaku dalam Liga Malaysia (Liga M). Sebaliknya, ia juga berlaku di seluruh dunia dengan FAM sentiasa memastikan mutu pengadilan berada pada tahap terbaik.

“Kita sentiasa memerhatikan pengadil dan ambil tindakan sewajarnya. Ia subjektif kerana kita tidak tahu kalau hari ini bagus, esok jadi berbeza. Macam kes baru-baru ini, kita lihat ada kelemahan membabitkan keputusan yang tak tepat.

“Nak dapatkan 100% (kesempurnaan mutu pengadilan), di Piala Dunia pun tak dapat. Kita kena adil pada pengadil tetapi salah tetap salah. Dua aspek kemungkinan perkara di luar dugaan ataupun prestasi mereka lemah,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram