Hamidin Tak Mahu Anak Buah Kim Pan-gon Hilang Taring
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak mahu para pemain Harimau Malaya lena dibuai pujian sebaliknya kekal fokus menjelang pertarungan medan sebenar dua hari lagi.

Beliau melihat keadaan harmoni dan bermotivasi tinggi yang wujud dalam kem pasukan kebangsaan ini bertitik tolak daripada kemenangan yang dicapai ketika menentang Hong Kong dan juga Brunei.

 Mengulas lanjut, Hamidin juga pasti masih banyak lagi perkara yang mahu diperbaiki oleh anak didik Kim Pan-gon menjelang pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 bermula Rabu ini.

Advertisements

“Saya akui bahawa dua kemena­ngan ke atas Brunei dan Hong Kong adalah permulaan baik kepada persiapan pasukan kebangsaan.”

“Namun ia tidak bermakna jika kita tidak melakukannya pada aksi sebenar nanti.”

Beliau juga menitipkan pesan agar para pemain kekalkan momentum selain menjadikan setiap pujian sebagai pembakar semangat untuk terus menampilkan aksi yang terbaik di atas padang.

Advertisements

“Saya ingatkan pemain untuk tidak lena dibuai dengan pujian, sebaliknya jadikan ia inspirasi untuk terus melawan.”

“Dalam kita dipuji, tidak kurang juga ada yang mengkritik maka terus jadikan pertembungan ini untuk medan membuktikan kemampuan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan FAM.

Pasukan negara bakal membuka tirai saingan pada Rabu ini dengan menentang Turkmenistan dalam usaha untuk memburu 3 mata pertama pada aksi pembukaan tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram