Hampir 3 Juta Tiket Piala Dunia Qatar Terjual
Dunia
FIFA.com
Advertisements

Di sebalik usaha boikot Piala Dunia 2022 di Qatar yang digerakkan oleh segelintir pihak, masih ramai yang mahu pergi ke temasya berkenaan. Ini dibuktikan menerusi penjualan hampir tiga juta tiket kepada penyokong sehingga pertengahan Oktober yang lalu.

Dengan 64 perlawanan sepanjang kejohanan, jika dibahagikan kepada angka tiga juta tiket yang dijual, ini menjadikan purata 46,875 buah tiket per stadium telah dijual kepada penyokong.

Permintaan tinggi untuk tiket-tiket perlawanan Piala Dunia datangnya daripada negara tuan rumah Qatar, Amerika Syarikat, Arab Saudi, England, Mexico, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Argentina, Perancis, Brazil dan Jerman.

Advertisements

Di sebalik permintaan tinggi penyokong, ada yang merungut harga tiket yang dikenakan tuan rumah terlampau mahal. Jika dicampur dengan kos penginapan dan perjalanan, ia terlampau mahal untuk poket mereka.

Contoh paling mudah, tiket untuk perlawanan final. Tiket paling mahal untuk edisi Qatar 2022 ialah AS$1,600 (RM7,270.40) untuk tiket Kategori Satu perlawanan final. Harga yang dikenakan lebih tinggi berbanding AS$1,100 (RM4998.40) untuk tiket final Piala Dunia di Rusia pada 2018.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram