Advertisement
Hannah Yeoh Bagi Fakta Menarik Mengapa Kapasiti SNBJ Terpaksa Dikurangkan
Dunia
MakanBola
Sinar Harian

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah menjawab persoalan mengenai isu mengapa kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikurangkan dengan memberi beberapa fakta yang menarik.

Harimau Malaya yang terpaksa mengorbankan 21,000 penyokong selepas diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disebabkan oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang masih dalam proses pemasangan.

Antara fakta yang dilontarkan oleh Hannah Yeoh di laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi adalah tempahan stadium untuk konsert tersebut itu telah dibuat awal pada 13 Mac 2019 yang lalu. Manakala untuk perlawanan Piala AFF, FAM dimaklumkan membuat tempahan pada 18 Ogos 2022.

Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan sebelum konsert berlangsung, konsert perlu mengambil sekurang-kurangnya 14 hari bagi pemasangan pentas. Jadi secara tidak langsung ramai krew dan jentera berat terlibat.

Walaupun isu kapasiti ini dibangkitkan, tiket bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir satu Malaysia menentang Thailand tetap habis dijual sebanyak 59,000.