Hannah Yeoh Beri Peringatan Kepada Atlet Malaysia
UltraSukan
Hannah Yeoh
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak mahu atlet Malaysia bersikap sambil lewa menjelang persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mengenai persembahan yang kurang memuaskan ditampilkan oleh atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan ketika Kejohanan Angkat Berat Dunia beberapa hari yang lalu.

Meskipun Aniq berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik namun prestasinya di kejohanan tersebut dikritik kerana tidak menepati jangkaan yang ditetapkan iaitu angkatan keseluruhan 300 kg.

Advertisements

Ini mendapat perhatian Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan dan beliau menasihati atlet-atlet negara agar terus berusaha memperbaiki kesilapan kecil dan keluar dari zon selesa supaya tidak cepat berpuas hati dengan prestasi semasa.

”Saya menasihati mereka agar tidak berputus asa kerana apabila ada keputusan seperti ini sebelum kejohanan sebenar, mereka boleh memperbaiki diri,” katanya kepada Astro Arena.

”Jangan berada dalam zon selesa. Itu sangat penting. Jangan rasa sudah layak, jadi tidak mengapa.”

Advertisements

Bagi beliau, isu kecederaan perlu menjadi perkara yang dititikberatkan dan beliau mahu para atlet menjaga diri agar masalah kecederaan ini tidak menjadi penghalang untuk mereka menampilkan aksi terbaik nanti.

”Saya mahu mereka terus berusaha tetapi jangan cederakan diri. Itu lebih penting, mereka perlu bebas kecederaan untuk memastikan peluang mereka lebih cerah (di Sukan Olimpik),” tambah beliau lagi.

Selasa lalu, Aniq yang bersaing dalam kategori 61 kg berjaya mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 setelah menduduki tempat kelapan dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia yang berlangsung di Phuket, Thailand.

Advertisements

Anak jati kelahiran Johor ini bakal menyertai beberapa atlet lain yang sudah menempah tiket lebih awal ke temasya sukan berprestij itu seperti Bertrand Rhodict Lises (terjun), Jonathan Wong (menembak), Nur Shazrin Abdul Latif (pelayaran), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya).

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirai pada 26 Julai 2024 dengan pencapaian terbaik kontinjen negara adalah ketika di edisi Rio De Janeiro 2016 yang mana Malaysia berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram