Hansi Flick Cipta Rekod Baharu Buat Jerman Dengan Deretan Kemenangan
Eropah
Planet Football
Advertisements

Hansi Flick telah mencipta rekod baharu yang telah memenangi enam perlawanan pertamanya bersama Jerman selepas membelasah Liechtenstein 9-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Sementara itu, sejak Flick mengambil alih pasukannya pada Ogos yang lalu Jerman telah mengesahkan tempat di Qatar tahun depan dengan meledak 9 gol ke atas pasukan tercorot kumpulan J. 

Sebelum ini, Jochim Loew telah memberikan yang terbaik buat Jerman dengan memenangi Lima perlawanan pertamanya sebelum seri menentang Cyprus pada tahun 2006.

Advertisements

Namun, selepas 15 tahun membentuk pasukan Jerman Loew akhirnya meletak jawatan awal tahun ini untuk memberi ruang kepada Hansi Flick membuat rekod baru dalam Jerman.

Jurulatih Jerman Hansi Flick berpuas hati dengan pemainnya yang telah memberikannya 9 gol kepada Jogi sebagai kemenangan ke atas Jerman.

“Saya gembira dapat memberikan Jogi sembilan gol sebagai kemenangan,” kata Flick 

Advertisements

Jerman harus akur dengan kejadian yang menimpa ke atas 3 pemain tonggak selepas pemain pertahanan Niklas Suele didapati positif Covid-19 awal minggu ini dan Joshua Kimmich serta Jamal Musiala dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga supaya kesihatan mereka tidak terganggu

Jens Hofer dilayangkan kad merah akibat kakinya terkena leher Leon Goretzka. Oleh itu, Liechtenstein terpaksa beraksi ketika perlawanan 10 orang sejak minit kesembilan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram