Dunia
TMJ / Instagram
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mengingatkan bahawa hanya terdapat satu sahaja TMJ di muka bumi ini.

Hantaran di Instagram tersebut dimuat naik oleh TMJ sendiri dipercayai ditujukan kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (RMS).

Sebelum ini tular video dan gambar RMS menunjukkan isyarat “senyap” selepas Selangor mendahului JDT dalam aksi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

JDT bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Bergson sebelum separuh masa pertama tamat dan berjaya memperoleh jaringan ke-2 menerusi sepakan padu Forestieri pada separuh masa ke-2.

“Hanya ada satu TMJ. Bola sepak adalah 90 minit.” Ujar TMJ di Story Instagram.

tmj ig football 90 minutes "Hanya Ada 1 TMJ" - TMJ
Hantaran IG Story TMJ

Peringatan ini sudah tentu peringatan “sahabat” TMJ kepada RMS yang turut berkawan baik diluar padang namun semasa perlawanan berlangsung, mereka berentap dengan aksi para pemain mereka di padang.

Advertisements

Berakhirnya saingan Piala Malaysia ini turut memberi makna besar kepada JDT dan TMJ sendiri yang memperoleh musim penuh gemilang dengan 4 piala dalam semusim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram