Dunia
Advertisements

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Serbegeth Singh berpendapat Johor Darul Ta’zim tidak akan berdepan sebarang halangan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi selama enam musim terakhir sekaligus meraih trofi ketujuh.

Shebby berpendapat beliau masih belum melihat mana-mana pasukan yang mampu untuk menggugat kelab yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.

Menurut Shebby, Kedah dan Selangor yang dicanang sebagai pasukan yang akan memberikan saingan hebat kepada JDT dianggap belum mencapai tahap yang dimiliki kelab dari Selatan tanah air itu.

Advertisements
johor Hanya JDT Juara Liga Super 2020, Tidak Pasukan Lain
JDT mampu melakar kejuaraan Liga Super buat kali ke 7 berturut-turut

“Memang JDT (akan juara Liga Super), mereka pasukan yang kukuh, pasukan yang mempunyai pemain yang jauh lebih baik berbanding pasukan lain.

“Cuma satu kelemahan JDT iaitu di bahagian pertahanan tengah, tapi bukan mudah untuk pasukan lain bersaing dengan mereka. Kalau aspek serangan, JDT memang dahsyat,” kata Serbegeth Singh.

Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin dan Selangor yang dibimbing oleh B.Satianathan merupakan antara pasukan yang berbelanja besar bagi memperkuatkan pasukan.

Advertisements

Kedah menandatangani penjaring terbanyak Liga Super 2019, Kpah Sherman manakala Selangor menandatangani pemain tengah pasukan kebangsaan, Brendan Gan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram