Dunia
Advertisements

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ghani Hassan telah mengesahkan semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana sudah mengisytiharkan bajet untuk tahun pertama pelaksanaan program kawalan ekonomi (ECP) kecuali Sarawak United yang masih belum berbuat demikian.

MFL memperkenalkan ECP sebagai usaha menangani masalah kewangan pasukan, khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.

Ia dikuatkuasakan mulai musim ini dan semua pasukan yang terlibat dalam Liga Malaysia perlu mengemukakan bajet kepada MFL.

Advertisements
MFL Hanya Satu Pasukan Belum Isytihar Bajet Program Kawalan Ekonomi (ECP)
ECP diperkenalkan pada tahun lalu

Tarikh 9 Januari lalu ditetapkan sebagai tarikh akhir dan pelaksanaan badan pentabdir Liga Malaysia itu mendapat sokongan hampir semua pasukan. 

“Kami sudah menilai bajet yang dihantar oleh setiap pasukan, jadi kami sudah tahu jumlah yang perlu dan akan dibelanjakan oleh mereka. Macam saya kata tadi, setiap pasukan utama Liga Super dan Liga Perdana akan dimaklumkan jumlah yang sepatutnya dibelanjakan awal minggu depan,” katanya.

Bagaimanapun, setiap pasukan masih belum bebas daripada tuntutan syarat ECP apabila MFL menetapkan Mac 2020 sebagai tarikh akhir untuk setiap pasukan menghantar dokumen sokongan membabitkan bajet musim ini.

Advertisements

“Peringatan akan diberikan kepada mereka kerana telah melanggar peraturan. Mungkin ada hukuman, terpulang kepada lembaga pengarah MFL,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram