Harap Tuah Nombor 19, Eky Tekad Kembali Bangkit Gegar Jaring
Dunia
Instagram-Selangorfc
Advertisements

Penyerang sensasi Selangor FC, Shahrel Fikri tekad akan menjadi penggempur terbaik pasukan pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Musim lepas, pemain berusia 27 tahun ini mengalami kecederaan yang memaksanya untuk berehat hampir separuh musim.

Pemain yang dikenali sebagai Eky ini berazam untuk mempamerkan aksi terbaik buat pasukannya sekaligus dapat menggembirakan peminat Selangor.

Advertisements

“Musim baharu ini sudah tentu azam pemain juga akan baharu dan situasi saya juga sama yang mana mahu membantu pasukan memperoleh keputusan positif untuk dihadiahkan kepada peminat Selangor.

Eky dalam pada itu sudah melakukan penukaran nombor jersi daripada nombor 10 kepada nombor 19 oleh kerana beliau anggap nombor yang lama lebih memberikan tuah dan kena dengan jiwanya beraksi di atas padang.

“Mengenai keputusan untuk menukar jersi, saya anggap tiada rezeki buat saya menyarung nombor 10 musim ini kerana mahu kembali menggunakan nombor 19 yang lebih memberikan tuah dan sebati dengan jiwa saya,” kata Eky kepada Kosmo.

Advertisements

Terbaru, Eky telah membuka akaun jaringan bersama Selangor pada musim baharu ini dalam aksi persahabatan menentang pasukan Kelantan FC pada Ahad lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram