Dunia
MIDDLESBROUGH, ENGLAND – JANUARY 05: of Middlesbrough of Tottenham Hotspur during the FA Cup Third Round match between Middlesbrough and Tottenham Hotspur at Riverside Stadium on January 05, 2020 in Middlesbrough, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)
Advertisements

Melucukan apabila pengendali Totenham Hotspur, Jose Mourinho menyalahkan bola yang digunakan dalam perlawanan antara Spurs dengan Middlesbrough seperti ‘bola pantai’. Namun, bos Spurs itu menegaskan ia bukan alasan pasukannya gagal mencapai kemenangan.

Spurs terpaksa bangkit untuk memaksa aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA selepas Lucas Moura menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan di Riverside.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Mourinho mengkritik bola digunakan yang menyaksikan Spurs bergelut mengekalkan penguasaan ketika menentang lawan dari Championship itu.

Advertisements

“Saya fikir bola itu bola pantai, terlalu ringan. Saya tak fikir ia membantu pemain. Tetapi itu bukan alasan,” katanya.

bola Harapkan Pemain, Bola Disalahkan
Bola Mitre bola rasmi Piala FA

Bola Mitre berharga £115 (RM620) digunakan dalam aksi semua Piala FA musim ini dengan rekaannya dapat mengatasi rintangan udara untuk ketepatan dan kelajuan.

Dinamakan ‘Delta Max’, bola terbabit ditambah dengan teknologi ‘Hyperseam’ yang kalis air dan dilaporkan dapat digunakan dalam semua jenis cuaca.

Advertisements

Ketika Mourinho berasakan teknologi penciptaan bola tidak menyebelahi skuadnya, dia turut menyelar VAR yang tidak digunakan dalam perlawanan itu.

Mourinho mendakwa jaringan pendahuluan Ashley Fletcher tidak sepatutnya jika VAR digunakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram