Harimau Melaka ‘Ganti’ Melaka United, Sasar Kembali Ke Liga Super 2024
Dunia
@Ralphs_Fotos / PixaBay
Advertisements

Melaka United bakal dikenali dengan nama baru, Harimau Melaka dan mensasarkan untuk kembali ke saingan Liga Super menjelang musim 2024.

Memetik laporan dikeluarkan Sinar Harian, penjenamaan ini dilakukan sejurus Melaka United disahkan tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Super musim 2023 selepas gagal memperoleh lesen kebangsaan.

“Lupakan cerita lama, buka buku baharu. Jenamakan semula pasukan sebagai Harimau Melaka FC. Ada yang mahu kekal bersama kita dan pasukan dibarisi pemain tempatan.

Advertisements

“Sudah ada beberapa nama, cuma belum pasti sama ada mahu pilih jurulatih tempatan atau import. Kita buat persiapan awal dan mereka dijangka mula berlatih awal bulan depan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Harimau Melaka turut mensasarkan untuk menjuarai saingan Liga M3 sekaligus mara ke Liga Super 2024 dan kebajikan pemain akan dijaga dengan baik.

“Kita perlu muncul juara Liga M3 musim depan untuk ke Liga Super pada 2024. Kebajikan pemain akan dijaga dengan baik termasuk pembayaran gaji serta insentif lain termasuk bonus kemenangan.

Advertisements

“Fasiliti termasuk stadium sudah ada dan kita percaya pada tahun 2024 Harimau Melaka FC kembali beraksi di Liga Super.

Selain itu, Nur Azmi turut menjelaskan akan mengutuskan surat kepada Datuk Seri Justin Lim berkaitan perkara ini.

“Lesen kelab mereka masih boleh guna, namun nama pasukan perlu ditukar… tidak boleh lagi guna Melaka United FC,” jelas Datuk Nur Azmi Ahmad, Presiden MUSA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram