Hariss Harun: Minggu Sempurna Buat Bola Sepak Singapura
Dunia
FAS
Advertisements

Menyarung jersi negara merupakan satu kebanggaan buat semua pemain. Apatah lagi jika ianya disempurnakan dengan kemenangan yang dihajati.

Itulah yang terjadi buat ketua pasukan bola sepak Singapura, Hariss Harun. Perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia dan Filipina dapat disudahi dengan kemenangan.

Pasukan Singapura berjaya menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-1 di mana Ikhsan Fandi meledak dua gol sekaligus mematikan langkah cemerlang Harimau Malaya yang sebelum itu menewaskan Filipina. Hariss juga mencuri tumpuan dalam perlawanan menentang Malaysia apabila kerap kali menggagalkan beberapa gerakan pemain Malaysia.

Advertisements

Keputusan positif Singapura tidak terhenti disitu. Mereka meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Filipina dengan jaringan 2-0.

Hariss menganggap dua kemenangan yang diraih Singapura ini melengkapkan minggu sempurna buat bola sepak Singapura. Dalam satu muat naik di laman instagram beliau, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat para penyokong dan melaungkan keyakinan bahawa banyak lagi kejayaan yang bakal diraih pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram